Verse
Pernah aku rasa di hatiku
sesuatu yang ku pun tidak tahu
seolah kosong inginkan sesuatu, sesuatu
Lalu ku termenung mencari jawapannya
agar ku mampu tenang
akhirnya ku menangis hatiku pedih
Pre-Chorus
Cuba kau bayangkan
bayangkan dengan mata hatimu
apa yang kau rasa
terjatuh di dalam lubang yang sama
berulang-ulang kali kau tetap tewas
Hingga kini ku
masih mencari jalan keluar ku buntu
hampir ku putus asa dari-Mu
namun apa guna andaiku hanya mengeluh
kerna ku sedari
Tuhan takkan pernah menzalimiku
hanya ku yang menzalimi diriku
berilah jalan keluar
Verse
Kadang menggeletar
ku bersabar menahan hatiku berdebar
tersiksa andai ketagih dengan dosa
Pre-Chorus
Cuba kau bayangkan
betapa sakit hatiku ini
menangis merintih
ku mahu bebas tenang dan bahgia
namun diriku seolah terpenjara
Hingga kini ku
masih mencari jalan keluar ku buntu
hampir ku putus asa dari-Mu
namun apa guna andaiku hanya mengeluh
kerna ku sedari
Tuhan takkan pernah menzalimiku
hanya ku yang menzalimi diriku
berilah jalan keluar
Bridge
Ku menyesali akan kisah silamku
kerna mencuba dosa
namun ku takkan jemu
usaha kembali pada-Mu oh
hoo
Post-Chorus
Ku yakini ampunan Ilahi
tersedia untuk ku kejari
Berikan aku jalan keluar
Berikan aku jalan keluar